Wednesday, 22 February 2017

TAHUN1 SEMESTER 1
TOPIK 1


KESULTANAN MELAYU MELAKA

KEDATANGAN PARAMESWARA 

Parameswara sebenarnya berasal dari Palembang. Beliau sedang berusaha membebaskan Palembang daripada penguasaan Majapahit. Pada waktu itu raja Majapahit berada dalam usaha untuk menakluk Palembang dengan menyerangnya. Parameswara dan pengikutnya mengambil keputusan untuk berundur ke Temasik yang berada di bawah naungan Siam. Di Temasik Parameswara disambut baik oleh pemerintah Temasik iaitu Temagi. Namun, Parameswara menuntut hak pertuananya untuk menjadi pemrintah Temasik kerana Temasik pernah berada di bawah naungannya.

Beliau membunuh Temagi dan berusaha memajukan Temasik. Siam ingin menuntut bela atas kematian Temagi dan kerajaan Majapahit cuba menakluki Temasik. Sekali lagi Parameswara terpakasa berpindah meninggalkan Temasik tapi kali ini Parameswara turut ditemani oleh Orang Laut. Beliau menuju ke Muar dan tinggal di sana. Selepas itu Parameswara perjalanan melalui Sening Uning dan Bertam menuju ke utara.

Mereka tiba di perkampungan nelayan yang diduki oleh orang Melayu, orang Laut, dan orang Asli. Perkampungan ini berhampiran dengan laut (laluan kapal dagang). Di sana terdapat bekalan air bersih, bentuk muka bumi berrbukit bukau, terdapat pokok bakau dan api-api dan terlindung dari tiupan angin monsun.



ASAL-USUL NAMA MELAKA

1) Sumber Sejarah Melayu
-Berasal dari nama pokok Melaka.

-Semasa Parameswara berehat di bawah pokok Melaka, beliau melihat peristiwa pelanduk           menendang anjing perburuannya
-Peristiwa ini dianggap luar biasa kerana pelanduk yang kecil berjaya mengalahkan anjing yang telah dilatih untuk memburu.
-Beliau menamakan tempat itu sebagai Melaka bersempena dengan nama pokok Melaka tempat beliau berehat.

2)Berasal Dari Istilah Arab
-Pedagang Arab memanggil Melaka dengan nama "Mulaqah" yang bermaksud pertemuan.
-Melaka turut disebut "Malaqat" yang bermaksud perhimpunan segala dagang.

3)Mitos Hindu Dalam Karya Skanda Purana
-Pokok Melaka dalam bahasa Sanskrit dikenali sebagai Amalaka iaitu pokok pertama tumbuh di alam semesta.



CARA PARAMESWARA MEMBINA MELAKA

1)Sistem Pemerintahan Yang Teratur
-Menyusun pentadbiran Melaka dengan lebih teratur
   a) Melantik pembesar untuk menguruskan hal ehwal balairung seri
   b) Lantik 40 orang bentara untuk jalankan perintah raja
   c) Lantik biduanda kecil untuk bawa alat kebesaran diraja

2)Kemudahan Pelabuhan
-Parameswara bijak merangcang dan gigh memnajukan Melaka melalui kegiatan perdagangan
-Kemudahan yang disediakan di pelabuhan
   a) Kemudahan membaiki kapal
   b) Bekalan air bersih dan makanan
   c) Tenaga Kerja
   d) penginapan khusus untuk pedagang

3)Ikatan Konsep Daulat
-Parameswara dibantu oleh rakyat Melaka (orang Melayu, orang Laut, orang Asli)
-Orang Asli membekalkan hasil hutan untuk perdagangan
-Orang Laut membekalkan hasil laut dan menjaga keselamatan Selat Melaka
-Orang Melayu menjadi ketua masyarakat dan pembesar
-Rakyat Melaka mempunyai semangat sedia berkorban, menghargai pemimpin dan taat kepada raja.

4)Hubungan Diplomatik
  a) Dengan Siam
-Untuk mengelakkan serangan Siam
-Untuk iktiraf kedaulatan Melaka.

  b) Dengan China
-Bermula apabila lawatan Laksama Yin Ching pada tahun 1404, dan Laksamana Cheng Ho pada 1405 dan 1409.
-Parameswara mohon perlindungan dari China
-Melaka menjadi negeri naungan China
-Melaka setuju hantar ufti ke China
-Kerajaan China kurniakan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan kerajaan China kepada Melaka.
-Melaka hantar utusan ke China.
-Hubungan Melaka-China menyebabkan kerajaan Siam dan Majapahit tidak berani mengancam dan menyerang Melaka.


5)Bantuan Orang Laut
-Orang Laut menjaga keselamatan perairan Melaka.
-Orang Laut mempunyai ciri kepahlawanan dan mahir tentang selok belok Selat Melaka.
-Orang Laut juga taat setia kepada sultan dan kerajaan



UNTUK LEBIH BANYAK INFORMASI....




No comments:

Post a Comment